Inilah ikan emas perliharaan saya. Saya telah memelihara mereka lebih kurang 3 bulan lebih. Kesemuanya masih baby. Setiap mereka merupakan jenis yang berbeza iaitu Ranchu, Oranda, Black Moor dan Ryukin. Sekarang ini saya menempatkan mereka dalam aquarium 2 kaki dan akan dipindahkan ke 3 kaki. Untuk tempat yang lebih luas :)
I~K~A~N~E~M~A~S
Blog ini dibina khas untuk pemelihara Ikan Emas untuk berkongsi maklumat
Wadah Wacana & Pengkongsian Mengenai Ikan Emas
Thursday, June 14, 2012
Ikan Emas Peliharaan Saya
Inilah ikan emas perliharaan saya. Saya telah memelihara mereka lebih kurang 3 bulan lebih. Kesemuanya masih baby. Setiap mereka merupakan jenis yang berbeza iaitu Ranchu, Oranda, Black Moor dan Ryukin. Sekarang ini saya menempatkan mereka dalam aquarium 2 kaki dan akan dipindahkan ke 3 kaki. Untuk tempat yang lebih luas :)
Friday, June 8, 2012
Aquarium Ikan Emas
Aquarium adalah tempat terbaik untuk memelihara Ikan Emas anda.
Kebanyakkan orang suka memelihara Ikan Emas dalam bowl kerana mungkin kelihatan menarik untuk diletakkan di meja makan atau meja perhiasan anda.
Sebenarnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, kelemahan bowl itu sendiri :-
- Ikan Emas memerlukan oksigen yang secukupnya untuk bernafas. Bowl mempunyai ruang permukaan yang sempit dan tidak menjamin oksigen yang secukupnya dimana boleh membuatkan Ikan Emas anda merana dan mati.
- Tiada alat penapis air yang efisyen. Sisa buangan dari Ikan Emas itu sendiri boleh membahayakan kepada Ikan Emas anda. Tanpa penapisan air yang baik boleh meningkatkan kandungan amonia yang tinggi dalam air dan seterusnya memberi penyakit kepada Ikan Emas anda dan mati.
- Ikan Emas membesar dengan cepat. Keadaan bowl yang sempit boleh gangguan dalam pembesaran nya seterusnya, satu penyiksaan terhadap Ikan Emas kesayangan anda.
- Ruangan bowl yang sempit membuatkan Ikan Emas anda dalam keadaan terhad untuk berenang. Ia tidak memberikan kegembiraan pada Ikan Emas anda.
Oleh itu, saya amat mensyorkan kepada anda yang baru hendak memelihara Ikan Emas memilih aquarium sebagai tempat ikan ada. Terdapat beberapa saiz boleh didapati, seeloknya paling kecil 2 kaki panjang aquarium anda.
Pemilihan Ikan Emas
Jika anda baru hendak memulakan dalam pemeliharan Ikan Emas, semestinya pemilihan Ikan Emas amat-amatlah penting dan perlu dititik beratkan. Ini adalah untuk memastikan anda tidak mengalami kerugian setelah membelinya.
Pastikan Ikan Emas yang anda membeli nya adalah Ikan Emas yang sihat. Bebas daripada penyakit atau parasit. Tempat-tempat yang perlu anda perhatikan betul-betul adalah
- Ekor atau sirip - pastikan tiada koyakkan atau tompokan parasit (biasanya keputihan).
- Kecergasan ikan - Sentiasa dalam keadaan berenang atau berkejaran (aktif). Bukan dalam keadaan diam atau membuat pengerakan luar biasa.
- Size - Biasanya saiz yang lebih besar adalah lebih baik. Kekuatan nya dalam melawan penyakit.
Dengan mengambil kira faktor-faktor diatas sudah semestinya adalah tidak dikecewakan setelah membawa Ikan Emas anda pulang.
Tuesday, May 4, 2010
Jenis-Jenis Ikan Emas
Ikan Emas sebenarnya mempunyai pelbagai spesis yang menarik & comel untuk dipelihara antara yang boleh didapat :-
1) Oranda
2) Veiltail
3) Ryukin
4) Ranchu
5) Black Moor
6) Pearl Scale
7) Fantail
1) Oranda
- Ikan emas spesis oranda biasanya boleh dikenali melalui kepala nya yang agak besar dan mempunyai ekor and sirip yang agak kembang.
- Spesis oranda adalah spesis yang mudah didapati di kedai-kedai aquarium dan kebanyakkan nya adalah pilihan untuk peminat ikan emas.
- Biasanya boleh didapati dengan warna keemasan atau warna putih merah.
2) Veiltail
- Spesis veiltail mempunyai ekor and sirip yang agak kembang dan meleret. Ia mudah dikenali dengan melihat bentuk badan dan kepala nya yang melengkung sekata.
3) Ryukin
- Ryukin adalah salah satu spesis yang mudah didapati di kebanyakkan kedai-kedai aquarium dan merupakan pilihan peminat ikan emas.
- Ryukin mudah dikenali dengan bentuk badan dan kepala nya yang agak kecil dan menajam. Ekor dan sirip nya yang mengembang sedikit persamaan dengan spesis Oranda.
4) Ranchu
- Ranchu adalah spesis yang dikenali sebagai 'King of Goldfish' kerana bentuk nya yang unik. Mempunyai belakang badan yang melengkung tanpa sirip kelihatan begitu exklusif untuk dimiliki.
- Mempunyai beberapa pilihan warna seperti hitam, merah dan kuning keemasan.
5) Black Moor
- Spesis yang menarik untuk dimiliki. Memiliki perut yang membuncit menampakan kecomelan nya dan matanya yang sedikit menonjol.
- Selain itu, Black Moor juga mempunyai ekor dan sirip yang kembang.
- Mudah didapati di kedai-kedai aquarium.
6) Pearl Scale
- Pearl Scale adalah spesis adalah spesis yang paling comel bagi pendapat saya. Ia memiliki badan yang bulat dan buncit dan tompokan pearl dibadan nya membuatkan spesis ini kelihatan begitu comel bila berada di dalam aquarium anda.
- Spesis ini juga mudah didapati dengan warna kuning dan merah dan senang didapati di beberapa kedai aquarium.
7) Fantail
- Fantail mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan spesis Ryukin. Perbezaan dapat dilihat daripada kepala dan badan nya. Berbeza dengan Ryukin yang mempunyai kepala yang agak tirus.
- Fantail juga merupakan spesis yang mudah didapati dikedai-kedai aquarium.
- Ini merupakan beberapa spesis-spesis ikan emas yang mudah didapati di market Malaysia. Ikan Emas sebenarnya mempunyai banyak spesis lagi seperti Panda Moor, Bubble Eye, Telescope Eye, Tosakin, Comet, Common, Celestial Eye dan banyak lagi sebenarnya, tetapi agak sukar didapati di pasaran kita.
- Walaubagaimana pun dijika anda betul-betul peminat Ikan Emas, anda pasti dapat menemui nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)