Wadah Wacana & Pengkongsian Mengenai Ikan Emas

Tuesday, May 4, 2010

Jenis-Jenis Ikan Emas

Ikan Emas sebenarnya mempunyai pelbagai spesis yang menarik & comel untuk dipelihara antara yang boleh didapat :-

1) Oranda

  • Ikan emas spesis oranda biasanya boleh dikenali melalui kepala nya yang agak besar dan mempunyai ekor and sirip yang agak kembang.
  • Spesis oranda adalah spesis yang mudah didapati di kedai-kedai aquarium dan kebanyakkan nya adalah pilihan untuk peminat ikan emas.
  • Biasanya boleh didapati dengan warna keemasan atau warna putih merah.


2) Veiltail

  • Spesis veiltail mempunyai ekor and sirip yang agak kembang dan meleret. Ia mudah dikenali dengan melihat bentuk badan dan kepala nya yang melengkung sekata.


3) Ryukin

  • Ryukin adalah salah satu spesis yang mudah didapati di kebanyakkan kedai-kedai aquarium dan merupakan pilihan peminat ikan emas.
  • Ryukin mudah dikenali dengan bentuk badan dan kepala nya yang agak kecil dan menajam. Ekor dan sirip nya yang mengembang sedikit persamaan dengan spesis Oranda.

4) Ranchu

  • Ranchu adalah spesis yang dikenali sebagai 'King of Goldfish' kerana bentuk nya yang unik. Mempunyai belakang badan yang melengkung tanpa sirip kelihatan begitu exklusif untuk dimiliki.
  • Mempunyai beberapa pilihan warna seperti hitam, merah dan kuning keemasan.

5) Black Moor

  • Spesis yang menarik untuk dimiliki. Memiliki perut yang membuncit menampakan kecomelan nya dan matanya yang sedikit menonjol.
  • Selain itu, Black Moor juga mempunyai ekor dan sirip yang kembang.
  • Mudah didapati di kedai-kedai aquarium.

6) Pearl Scale

  • Pearl Scale adalah spesis adalah spesis yang paling comel bagi pendapat saya. Ia memiliki badan yang bulat dan buncit dan tompokan pearl dibadan nya membuatkan spesis ini kelihatan begitu comel bila berada di dalam aquarium anda.
  • Spesis ini juga mudah didapati dengan warna kuning dan merah dan senang didapati di beberapa kedai aquarium.

7) Fantail

  • Fantail mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan spesis Ryukin. Perbezaan dapat dilihat daripada kepala dan badan nya. Berbeza dengan Ryukin yang mempunyai kepala yang agak tirus.
  • Fantail juga merupakan spesis yang mudah didapati dikedai-kedai aquarium.




  • Ini merupakan beberapa spesis-spesis ikan emas yang mudah didapati di market Malaysia. Ikan Emas sebenarnya mempunyai banyak spesis lagi seperti Panda Moor, Bubble Eye, Telescope Eye, Tosakin, Comet, Common, Celestial Eye dan banyak lagi sebenarnya, tetapi agak sukar didapati di pasaran kita.
  • Walaubagaimana pun dijika anda betul-betul peminat Ikan Emas, anda pasti dapat menemui nya.