Wadah Wacana & Pengkongsian Mengenai Ikan Emas

Thursday, June 14, 2012

Ikan Emas Peliharaan Saya


Inilah ikan emas perliharaan saya. Saya telah memelihara mereka lebih kurang 3 bulan lebih. Kesemuanya masih baby. Setiap mereka merupakan jenis yang berbeza iaitu Ranchu, Oranda, Black Moor dan Ryukin. Sekarang ini saya menempatkan mereka dalam aquarium 2 kaki dan akan dipindahkan ke 3 kaki. Untuk tempat yang lebih luas :)

Friday, June 8, 2012

Aquarium Ikan Emas

Aquarium adalah tempat terbaik untuk memelihara Ikan Emas anda.

Kebanyakkan orang suka memelihara Ikan Emas dalam bowl kerana mungkin kelihatan menarik untuk diletakkan di meja makan atau meja perhiasan anda.

Sebenarnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, kelemahan bowl itu sendiri :-

  • Ikan Emas memerlukan oksigen yang secukupnya untuk bernafas. Bowl mempunyai ruang permukaan yang sempit dan tidak menjamin oksigen yang secukupnya dimana boleh membuatkan Ikan Emas anda merana dan mati.
  • Tiada alat penapis air yang efisyen. Sisa buangan dari Ikan Emas itu sendiri boleh membahayakan kepada Ikan Emas anda. Tanpa penapisan air yang baik boleh meningkatkan kandungan amonia yang tinggi dalam air dan seterusnya memberi penyakit kepada Ikan Emas anda dan mati.
  • Ikan Emas membesar dengan cepat. Keadaan bowl yang sempit boleh gangguan dalam pembesaran nya seterusnya, satu penyiksaan terhadap Ikan Emas kesayangan anda.
  • Ruangan bowl yang sempit membuatkan Ikan Emas anda dalam keadaan terhad untuk berenang. Ia tidak memberikan kegembiraan pada Ikan Emas anda.
Oleh itu, saya amat mensyorkan kepada anda yang baru hendak memelihara Ikan Emas memilih aquarium sebagai tempat ikan ada. Terdapat beberapa saiz boleh didapati, seeloknya paling kecil 2 kaki panjang aquarium anda.

Pemilihan Ikan Emas

Jika anda baru hendak memulakan dalam pemeliharan Ikan Emas, semestinya pemilihan Ikan Emas amat-amatlah penting dan perlu dititik beratkan. Ini adalah untuk memastikan anda tidak mengalami kerugian setelah membelinya.

Pastikan Ikan Emas yang anda membeli nya adalah Ikan Emas yang sihat. Bebas daripada penyakit atau parasit. Tempat-tempat yang perlu anda perhatikan betul-betul adalah 
  • Ekor atau sirip - pastikan tiada koyakkan atau tompokan parasit (biasanya keputihan).
  • Kecergasan ikan - Sentiasa dalam keadaan berenang atau berkejaran (aktif). Bukan dalam keadaan diam atau membuat pengerakan luar biasa.
  • Size - Biasanya saiz yang lebih besar adalah lebih baik. Kekuatan nya dalam melawan penyakit.
Dengan mengambil kira faktor-faktor diatas sudah semestinya adalah tidak dikecewakan setelah membawa Ikan Emas anda pulang.